Thursday, April 17, 2008

Tentang MLM (Multi Level Marketing)

Secara umum ‘Multi Level Marketing’ adalah suatu cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan pemasaran yang dilakukan melalui banyak level (tingkatan), yang biasa dikenal dengan istilah ‘Upline’ (tingkat atas) dan ‘Downline’ (tingakt bawah), orang akan disebut ‘Upline’ jika mempunyai ‘Downline’. Oleh itu, perniagaan MLM ini digerakkan dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat ‘vertikal’ atas bawah mahupun ‘horizontal kiri kanan’ ataupun gabungan antara keduanya.
MLM adalah satu pekerjaan seperti yang lain cuma ianya banyak dilakukan dengan membuat marketing atau pemasaran, perkataan MLM tidak perlu lagi diberi pengertian , kerana ianya bukanlan satu bidang baru di Malaysia. Walaupun begitu masih ramai lagi yang tidak mendapat gambaran sebenar tentang MLM. Ada yang masih beranggapan NEGATIF terhadap konsep perniagaan MLM disebabkan pengaruh dari persekitaraan mereka.
Mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap MLM kerana pada kali pertamanya mungkin mereka telah terdedah kepada satu pengalaman yang negatif, mereka gagal atau mungkin juga ada yang terdedah kepada pengalaman-pengalaman dari kawan-kawan mereka yang menjalankan perniagaan MLM tersebut. Jadi sudah pasti mereka juga terpengaruh dengan perasaan negatif tersebut, lalu mereka menganggapkan MLM adalah negatif..
Oleh sebab itu, jika ingin menceburi bidang MLM ini, seharusnya mereka faham situasi yang akan berlaku dipersekitaraan mereka. Apa yang penting, tepuk dada tanyalah selera dan yang pastinya bidang ini memang menjanjikan pulangan yang lumayan jika ia dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

No comments: