Kawalan pemakanan yang tidak seimbang seperti terlebih gula, lemak dan kolesterol akan menyebabkan makanan yang diambil menjadi racun dan merosakan sistem tubuh sehingga membentuk pelbagai penyakit seperti jantung, darah tinggi dan kencing manis yakni pembunuh tertinggi manusia mengikut kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
HADI'S yang merupakan produk keluaran tempatan dan halal adalah makanan berkhasiat yang rendah lemak dan kalori diperbuat daripada 100 peratus ramuan semulajadi, menggunakan teknologi terkini yang memberikan manafaat dalam membekalkan sumber makanan sihat bermutu tinggi. Berasaskan minuman berbijirin. Nutri Meal diperkaya dengan vitamin, mineral, yis dan serat iaitu empat sumber yang memenuhi keperluan dan kriteria makanan sihat bagi meningkatkan kadar metabolisma dan mengurangkan lemak dalam badan dan pada masa yang sama akan menambahkan apa-apa kekurangan zat dan vitamin di dalam badan kita. Oleh sebab itu, ianya sesuai di makan oleh semua peringkat umur dan ibu-ibu yang sedang hamil. Dengan pengambilan HADI'S secara konsisten akan menjadikan tubuh anda seimbang cantik luaran dan dalaman.
Friday, April 18, 2008
Hadi's Nutri Perfect Meal – Makanan Berkhasiat untuk Seisi Keluarga
Thursday, April 17, 2008
Rafa'
MLM adalah Piramid !?
Banyak yang saya jumpa prospek yang negatif yang mengatakan MLM adalah Piramid..!!, sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu apa itu piramid.. Mereka berkata... Ah.. MLM semua sama je.. semuanya PIRAMID..!!?.. Bila dengar jawapan begitu.. aduh.. telinga saya mula berdesing.. tapi saya cool saja.. sebab saya tahu orang itu memang jahil dan tak tahu apa itu MLM..
Biasanya saya akan tanya kembali kepadanya... APA itu PIRAMID yang anda maksudkan..? dia sendiri pun terkebil-kebil dan tak tahu nak jawab.... bila saya mendesak lagi... Apa dia piramid tu.. yang menyebabkan anda tak suka dan "ellergy"..? Lalu dia menjawab... Ya..la Piramid la.. kita buat-buat nanti orang atas kaya, kita buat kerja untuk orang atas. Maka fahamlah saya maksud PIRAMID mengikut definasinya ialah, "kita buat kerja untuk orang atas, atau orang atas kaya disebabkan kerja kita"
Kalaupun betul MLM adalah PIRAMID (seperti yang difahamkan dalam dialog tadi), apa salahnya... Saya lantas berkata..."Kalau anda tak suka PIRAMID... Maka anda kena berhenti kerja (resign) di tempat anda bekerja sekarang....! Sambil terkebil-kebil beliau menjawab... Kenapa Pulak...? Ya la.. kena resign sekarang sebab anda tak suka PIRAMID... Tahukan PIRAMID yang paling besar adalah majikan anda, anda kerja macam mana rajin pun, gaji anda tidak boleh melebihi gaji Boss anda, Walau sekuat mana anda bekerja pun, anda TIDAK akan menjadi JUTAWAN, bahkan pemilik sayarikat anda atau majikan anda setiap tahun menukar kereta mewah.. !! Jadi kalau anda tidak suka kepada sistem piramid, mulai sekarang berhenti dari makan gaji yang mana anda mungkin sudah 20 tahun atau 30 tahu bekerja dengan baiknya demi untuk memperkayakan Boss atau Majikan anda.. Anda masih lagi tidak cukup wang.. Setelah 30th bekerja... wang sebanyak RM2449 untuk memulakan perniagaan burger pun tidak ada. sayangnya.. Adil kah sistem di tempat kerja anda..?
MLM tidak begitu... walaupun orang atas KAYA atau tauke syarikat menjadi semakin KAYA kerana usaha kita... itu biasa.. Sebab dalam dunia ini kita tidak boleh lari dari "Saling kaya memperkayai antara satu sama lain". Selagi kita hidup bermasyarakat, kita tidak boleh lari dari sistem ini. Tidak ada seorang pun yang boleh hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Tauke kasut mesti berkawan dengan tauke baju, sebab dia juga perlu pakai baju dan terpaksa mendapatkan baju dengan membelinya dari tauke baju. Begitulah sebaliknya..
Maka MLM pun sama..Upline Kaya atau Tauke Syarikat menjadi kaya.. itu tidak menjadi masalah, sebab saya juga BOLEH menjadi kaya.. inilah yang dikatakan "Win-Win Situation..." Tidak seperti kerjaya makan gaji yang jelas piramid.. yang mana Bos dan Majikan sahaja yang boleh jadi kaya... dan kita hanya jadi KAYAP sahaja selepas 30 tahun bekerja...adakah ianya adil...???
Dulu semasa memulakan perniagaan MLM, setahun kemudian upline saya mendapat kereta mewah... kawan saya terus berkata.. Tengok..!! hasil dari kerja kuat kau, sekarang upline dah dapat kereta mewah... Saya menjawab... itu standard... kau pun kerja kuat di office kau, sampai malam pun kadang2 stay back... tapi boss kau juga yang pakai kereta mewah...engkau pakai kereta Iswara je.... Dia menjawab.... itu biasa ...makan gaji...
Selepas setahun setengah kemudian... saya juga mampu memiliki kereta mercedes mewah... Saya berkata kepadanya... Tengok...!! melalui MLM, orang atas boleh memiliki kereta mewah, itu tidak penting bagi aku... tetapi yang penting ialah "Aku juga boleh memilikinya.." Kau yang makan gaji, dari dulu kereta yang sama, bahkan Majikan anda dah tukar kereta mewah berkali-kali.. tapi anda masih lagi kereta yang sama.... ? kalau upline saya boleh berpendapatan RM50k sebulan... akhirnya saya juga boleh mencapainya... jadi,.... yang mana satu PIRAMID...
http://www.teamfifi.com/?ref=abdillahFikir2kanlah!
UPTREND
Apa yang bakal berlaku bila anda menggabungkan dengan serentak, kuasa luas Internet dengan satu konsep pemasaran berperingkat, di mana kedua-duanya mudah dipelajari dan bakal menjana pendapatan lumayan? Inilah Uptrend2u™, sistem perniagaan e-dagang perangkaian yang utama di dunia.
Uptrend2u™ adalah syarikat berpangkalan Internet dan pemasaran rangkaian yang membolehkan anda membina sebuah perniagaan antarabangsa, berpusat di rumah atau di pejabat anda sendiri. Ahli-ahli kami terdiri daripada individu-individu daripada segenap lapisan hidup, daripada pembiaya kewangan dan pihak pengurusan ahli strategis, kepada guru-guru, pesara dan siswa-siswazah baru; dengan mengenal pasti kekuatan dan bakat mereka, hari ini, yang tersebut di atas adalah pemilik-pemilik bangga dengan perniagaan berpangkalan Internet yang pesat.
Apabila anda menjadi Global Business Entrepreneur kami (GBE), anda akan diberi peluang untuk meraih potensi pasaran global yang luas menerusi laman web dengan laluan untuk memiliki perniagaan sendiri. Anda akan disokong oleh pasukan pengurusan yang berpengalaman, strategik dan amat bermotivasi, yang terdiri daripada peniaga rangkaian berjaya. Mereka tekad untuk membantu anda membina, mengurus dan mengembangkan perniagaan anda, semua ini adalah untuk memenuhi matlamat dan impian anda.
Seperti semua perniagaan, faktor masa adalah intipati penting. Mantapkan tumpuan anda, tampilkan langkah terbaik, dan bersedia untuk meraih peluang keemasan ini!
Tentang MLM (Multi Level Marketing)
MLM adalah satu pekerjaan seperti yang lain cuma ianya banyak dilakukan dengan membuat marketing atau pemasaran, perkataan MLM tidak perlu lagi diberi pengertian , kerana ianya bukanlan satu bidang baru di Malaysia. Walaupun begitu masih ramai lagi yang tidak mendapat gambaran sebenar tentang MLM. Ada yang masih beranggapan NEGATIF terhadap konsep perniagaan MLM disebabkan pengaruh dari persekitaraan mereka.
Mereka mempunyai tanggapan negatif terhadap MLM kerana pada kali pertamanya mungkin mereka telah terdedah kepada satu pengalaman yang negatif, mereka gagal atau mungkin juga ada yang terdedah kepada pengalaman-pengalaman dari kawan-kawan mereka yang menjalankan perniagaan MLM tersebut. Jadi sudah pasti mereka juga terpengaruh dengan perasaan negatif tersebut, lalu mereka menganggapkan MLM adalah negatif..
Oleh sebab itu, jika ingin menceburi bidang MLM ini, seharusnya mereka faham situasi yang akan berlaku dipersekitaraan mereka. Apa yang penting, tepuk dada tanyalah selera dan yang pastinya bidang ini memang menjanjikan pulangan yang lumayan jika ia dijalankan dengan bersungguh-sungguh.